Model Kereta dan Harga

Model kereta dan harga kami berpandukan sebut harga seperti dibawah untuk pengguna mencari kereta sewa murah kelantan online:

Perodua Kancil (Auto)

model kereta dan harga 1

  • Separuh Hari RM50
  • Sehari RM70
  • Tiga Hari RM180
  • Seminggu RM350

Perodua Viva (Manual)

model kereta dan harga 2

  • Separuh Hari RM50
  • Sehari RM70
  • Tiga Hari RM180
  • Seminggu RM350

Perodua Axia Advance (Auto) – Full Spec

model kereta dan harga 3

  • Separuh Hari RM70
  • Sehari RM110
  • Tiga Hari RM300
  • Seminggu RM600

Perodua MyVi 1.5 SE (Auto)

model kereta dan harga 4

  • Separuh Hari RM80
  • Sehari RM130
  • Tiga Hari RM360
  • Seminggu RM700

Proton Saga 1.3 FLX (Auto)

model kereta dan harga 5

  • Separuh Hari RM80
  • Sehari RM120
  • Tiga Hari RM300
  • Seminggu RM600

Proton Persona 1.6 (Auto)

model kereta dan harga 6

  • Separuh Hari RM80
  • Sehari RM120
  • Tiga Hari RM300
  • Seminggu RM600

Perodua Alza (Auto)

model kereta dan harga 7

  • Separuh Hari RM120
  • Sehari RM180
  • Tiga Hari RM540
  • Seminggu RM1040

Proton Exora (Auto)

model kereta dan harga 8

  • Separuh Hari RM120
  • Sehari RM180
  • Tiga Hari RM540
  • Seminggu RM1040

Model Kereta dan Harga (Terma dan Syarat)

Bagi kadar sewaan untuk separuh hari adalah bersamaan dengan 12 Jam sewaan. Kadar sewaan sehari bersamaan dengan 24 Jam sewaan. Tiga hari sewaan bersamaan dengan 72 Jam sewaan. Manakala seminggu sewaan bersamaan dengan 7 hari. WhatsApp segera untuk tempahan 014-8050950 atau boleh klik melalui kereta sewa murah kelantan online untuk tempahan online.

Promosi Sempena Cuti Sekolah

Promosi Sempena Cuti Sekolah 2016

Promosi sempena cuti sekolah

Promosi Sempena Cuti Sekolah 2016 hampir tiba tidak lama lagi. Mungkin ramai ternanti-nanti promosi ni, jangan risau admin sentiasa update dengan jadual semasa persekolahan 2016 ni. Bagi admin inilah masanya untuk meneruskan niat yang murni bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan. Bagi meringankan lagi beban dengan masalah ekonomi negara yang tidak menentu, admin rasa terpanggil untuk merialisasikan niat ini.

Dengan kos sara hidup yang tinggi admin berharap kita semua dapat bersatu untuk memulihkan kembali kehidupan kita kearah yang lebih baik. Kerisauan yang melanda admin pasti ada asasnya dengan kejatuhan ringgit dan kenaikan harga minyak mentah telah menjadi kenyataan. Apatah lagi kehidupan admin yang bekerluarga pasti merasai kesan yang dialami kita semua. Disebabkan hal tersebut admin mengambil keputusan merangka promosi sempena cuti sekolah ni sebagai langkah pemulihan.

Kemungkinan ada rakan-rakan seangkatan admin terkesan dengan keputusan ini tapi admin buat ni ada asasnya. Admin berharap rakan-rakan seperjuangan tidak memandang negative dengan keputusan admin buat. Serta bersedia untuk mengulas perkara ini dengan lebih lanjut supaya tidak timbol ketidak puasan hati rakan-rakan sewa kereta yang lain. Selain itu admin sedia berjumpa sekiranya rakan-rakan tidak bersetuju dengan keputusan ini untuk dibincangkan dengan teliti.

Promosi Sempena Cuti Sekolah (Rumusan)

Antara rumusan yang admin boleh dapat melalui isu ini adalah kos sara hidup yang tinggi menjadi beban utama yang perlu dipandang serius. Admin telah mengambil langkah dengan menawarkan promosi untuk beberapa model kereta tertentu. Antaranya yang paling penting kereta kompak sahaja. Kenapa kereta kompak, ini admin boleh katakan bahawa kereta kompak sahaja yang boleh menyelamatkan duit admin dan duit pelanggan yang lain. Dengan kos maintenance yang rendah, jimat minyak dan bayaran bulanan yang rendah menjadi kata kunci bagi admin. Kadar kemasukan pelancong luar dan dalam semakin perlahan menjadikan perniagaan sewa kereta sedikit merosot. Dengan ini menjadi tugas admin untuk menaikkan kembali industri pelancongan Kelantan khususnya. Berserahlah kepada Allah SWT dan berdoa semoga dugaan ini tidak berlarutan lagi.

Kereta Sewa Murah Online

Kereta sewa murah online menawarkan sewaan trend yang murah di Kota Bharu Kelantan. Memandangkan ramai pengguna menggunakan aplikasi internet secara meluas. Untuk memudahkan anda lagi kami amat komited untuk membangunkan aplikasi tempahan kereta sewa murah online untuk pelanggan menempah sewaan kereta dengan lebih mudah dan cepat. Kepada yang berminat untuk menempah kereta secara online boleh terus layari laman web secara terus atau boleh whatsapp kami ke no 014-8050950.

Kereta sewa murah online 1

Kereta Sewa Murah Online Melalui Mobile

Kami juga dalam perancangan untuk membangunkan sistem aplikasi mudahalih seperti play store dan apple store tidak lama lagi. Disebabkan permintaan terlalu tinggi melalui telefon pintar kami sentiasa menitik beratkan permintaan pengguna kami supaya sehaluan dalam menempuhi keadaan semasa. Untuk tidak membuang masa anda boleh menempah melalui telefon pintar dengan melayari laman web kami secara terus.

Kereta sewa murah online 2

Harapan kami pelanggan terus menggunakan kaedah tempahan online sewa kereta yang mudah dan cepat supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan. Untuk sebarang pertanyaan atau komen sila WhatsApp kepada kami 014-8050950.

Dimana Anda Boleh Dapatkan Perkhidmatan Kami

Anda juga boleh menempah perkhidmatan kami disekitar kawasan Kota Bharu seperti di hotel-hotel, lapangan terbang (airport), stesen bas, stesen keretapi, universiti, kolej, dan sekitarnya. Ramai yang datang berkunjung ke sini untuk melancong sambil melawat tempat-tempat menarik di Kelantan. Disini juga terdapat banyak barangan yang murah untuk membeli-belah dengan tawaran harga yang murah dan menjimatkan. Tunggu apa lagi tempahlah sekarang.