Promosi Sempena Cuti Sekolah

Promosi Sempena Cuti Sekolah 2016

Promosi sempena cuti sekolah

Promosi Sempena Cuti Sekolah 2016 hampir tiba tidak lama lagi. Mungkin ramai ternanti-nanti promosi ni, jangan risau admin sentiasa update dengan jadual semasa persekolahan 2016 ni. Bagi admin inilah masanya untuk meneruskan niat yang murni bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan. Bagi meringankan lagi beban dengan masalah ekonomi negara yang tidak menentu, admin rasa terpanggil untuk merialisasikan niat ini.

Dengan kos sara hidup yang tinggi admin berharap kita semua dapat bersatu untuk memulihkan kembali kehidupan kita kearah yang lebih baik. Kerisauan yang melanda admin pasti ada asasnya dengan kejatuhan ringgit dan kenaikan harga minyak mentah telah menjadi kenyataan. Apatah lagi kehidupan admin yang bekerluarga pasti merasai kesan yang dialami kita semua. Disebabkan hal tersebut admin mengambil keputusan merangka promosi sempena cuti sekolah ni sebagai langkah pemulihan.

Kemungkinan ada rakan-rakan seangkatan admin terkesan dengan keputusan ini tapi admin buat ni ada asasnya. Admin berharap rakan-rakan seperjuangan tidak memandang negative dengan keputusan admin buat. Serta bersedia untuk mengulas perkara ini dengan lebih lanjut supaya tidak timbol ketidak puasan hati rakan-rakan sewa kereta yang lain. Selain itu admin sedia berjumpa sekiranya rakan-rakan tidak bersetuju dengan keputusan ini untuk dibincangkan dengan teliti.

Promosi Sempena Cuti Sekolah (Rumusan)

Antara rumusan yang admin boleh dapat melalui isu ini adalah kos sara hidup yang tinggi menjadi beban utama yang perlu dipandang serius. Admin telah mengambil langkah dengan menawarkan promosi untuk beberapa model kereta tertentu. Antaranya yang paling penting kereta kompak sahaja. Kenapa kereta kompak, ini admin boleh katakan bahawa kereta kompak sahaja yang boleh menyelamatkan duit admin dan duit pelanggan yang lain. Dengan kos maintenance yang rendah, jimat minyak dan bayaran bulanan yang rendah menjadi kata kunci bagi admin. Kadar kemasukan pelancong luar dan dalam semakin perlahan menjadikan perniagaan sewa kereta sedikit merosot. Dengan ini menjadi tugas admin untuk menaikkan kembali industri pelancongan Kelantan khususnya. Berserahlah kepada Allah SWT dan berdoa semoga dugaan ini tidak berlarutan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *